KENDERAAN dihempap pokok tumbang berikutan Gempa bumi 6.1 magnitud melanda Taiwan. - Foto Reuters
AFP

TAIPEI: Gempa bumi 6.1 magnitud melanda Taiwan, petang tadi, menggegarkan bangunan dan mengganggu aliran trafik.

Gempa dapat dirasai penduduk di seluruh negara dan sebuah lebuh raya menghubungkan Yilan dan Hualien ditutup kerana runtuhan batu.

Jurucakap balai bomba Hualien memberitahu AFP, dua orang termasuk seorang pelancong lelaki Malaysia cedera akibat terkena batu yang jatuh.

Di Taipei, bangunan tinggi bergoyang dan pelajar di daerah Yilan dilaporkan segera meninggalkan kelas mereka.

Pengangkutan tren di ibu kota turut dihentikan atas faktor keselamatan, kata penguatkuasa.

Gempa itu berlaku pada jam 1.01 petang waktu tempatan pada kedalaman 19 kilometer di timur Hualien.

Pengarah Pusat Seismologi, Chen Kuo Chang berkata, gegaran dirasai selama 33 saat yang dianggap lama.

“Gegaran dirasai seluruh Taiwan dan menjadi gempa bumi pertama melebihi 6 magnitud bagi tahun ini,” katanya.

Tahun lalu, gempa bumi 6.4 magnitud yang melanda Hualien menyebabkan 17 orang terbunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 April 2019 @ 7:04 PM