KEADAAN gereja Notre-Dame selepas api dapat dipadamkan. -Foto AFP
Reuters

Sebahagian besar struktur bersejarah Perancis, Gereja Notre-Dame musnah dijilat api dalam satu kebakaran besar, semalam.

Reuters melaporkan, anggota bomba bagaimanapun berjaya menyelamatkan bahagian struktur baru dan dua menara loceng utama daripada runtuh.

Kebakaran itu turut menyebabkan salah seorang anggota bomba tercedera ketika melakukan usaha memadam api.

Api yang tercetus sejak awal malam semalam, marak dengan pantas memusnahkan bumbung gereja bersejarah berusia lapan abad itu sebelum seluruh bahagian itu musnah.

Ketua Jabatan Bomba Paris, Jean-Claude Gallet berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan struktur utama gereja ikonik itu daripada musnah sepenuhnya.

Sementara itu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata, satu kempen membina semula gereja terbabit akan dilancarkan selepas itu termasuk menerusi usaha mengumpul dana.

“Kami akan membinanya semula. Tidak dinafikan ia akan menjadi sebahagian destinasi Perancis dan projek kami untuk beberapa tahun akan datang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2019 @ 11:10 AM