PEMBURUAN haram dilakukan kerana tanduk badak sumbu mempunyai banyak keratin. FOTO Agensi
Reuters

JOHANNESBURG: Polis Afrika Selatan berjaya menghalang 167 tanduk badak sumbu dari dieksport ke Asia Tenggara, antara tangkapan terbesar yang di negara itu.

Dua suspek, berusia 57 dan 61 tahun, ditahan bersama tanduk berkenaan. Pihak polis turut menerima maklumat mengenai kenderaan suspek, kata polis kelmarin.

“Nilainya belum ditentukan, tetapi ia tangkapan terbesar di negara ini,” kata jurucakap polis, Brigadier Hangwani Mulaudzi, melalui teks mesej semalam sambil menambah, kes itu masih disiasat.

Hampir 80 peratus badak sumbu di dunia berada di Afrika Selatan manakala lebih 1,000 darinya terbunuh di negara itu setiap tahun sejak 2013 hingga 2017, menurut kumpulan pemuliharaan Save the Rhino.

Pada 2018, angka itu menurun sehingga kurang 1,000.

Pemburuan haram dilakukan kerana tanduk badak sumbu mempunyai banyak keratin seperti yang terdapat pada kuku manusia dan rambut.

Di negara seperti China dan Vietnam, ia digunakan dalam perubatan tradisional dan dilihat sebagai simbol kejayaan dan kekayaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 April 2019 @ 5:12 PM