GAMBAR HIASAN
AFP

BEIJING: Polis China menahan 17 suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden letupan loji kimia di timur China bulan lalu mengorbankan 78 orang dan mencederakan beratus-ratus yang lain, kata pihak berkuasa, hari ini.

Pihak berkuasa bandar Yancheng menerusi Weibo menjelaskan, polis mengambil ‘tindakan paksaan jenayah’ terhadap 17 suspek, menjadikan 26 orang ditahan susulan kes itu.

Kumpulan baru yang ditahan termasuk beberapa individu daripada pertubuhan pihak ketiga tidak dinamakan, dituduh memalsukan penilaian projek dan maklumat syarikat Jiangsu Tianjiayi Chemical.

Letupan pada 21 Mac di timur wilayah Jiangsu adalah kemalangan industri terburuk di negara itu dalam tempoh beberapa tahun hingga memaksa loji ditutup malah turut memusnahkan kawasan perindustrian dan merosakkan perumahan berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 April 2019 @ 1:23 PM