GAMBAR hiasan.
AFP

GAZA: Sekurang-kurangnya 48 cedera dan seorang remaja Palestin terbunuh dalam pertempuran terbaru di sempadan Gaza hari ini, kata kementerian kesihatan Palestin.

AFP yang memetik jurucakap kementerian berkata, remaja berusia 15 tahun itu, Maysara Abu Shaloof ditembak di bahagian perut oleh tentera Israel di timur Jabalia.

Katanya, 48 mangsa terbabit mengalami pelbagai kecederaan dalam pertempuran di beberapa lokasi sepanjang sempadan itu.

Rakyat Palestin mengadakan perhimpunan sejak lebih setahun lalu di semenanjung itu yang menuntut Israel menamatkan kepungan terhadap Gaza.

Sejak protes itu dilakukan, sekurang-kurangnya 264 penduduk dibunuh oleh tentera Israel yang kebanyakan ditembak dengan kereta kebal dan serangan udara.

Manakala hanya dua orang tentera Israel dilaporkan maut sepanjang tempoh itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 April 2019 @ 10:06 AM