KIM KARDASHIAN
AFP

NEW YORK: Bintang program realiti Amerika Syarikat (AS), Kim Kardashian yang melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang, berharap dapat menjadi seorang peguam menjelang 2022 nanti, lapor majalah Vogue semalam.

AFP melaporkan, isteri kepada penyanyi hip hop, Kanye West berusia 38 tahun itu sedang menjalani latihan praktikal di sebuah firma guaman di California sejak tahun lalu.

Menurutnya, dia mendapat inspirasi untuk belajar undang-undang selepas berjaya membuat petisyen kepada Presiden AS, Donald Trump untuk mengampunkan Alice Marie Johnson pada tahun lalu.

Alice Marie yang juga seorang nenek berusia 63 tahun menjalani hukuman penjara seumur hidup hampir 22 tahun atas kesalahan menyeludup kokain.

Selepas seminggu mengadakan pertemuan dengan Trump, wanita itu kemudiannya diberi pengampunan pada Jun 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 April 2019 @ 11:59 AM