PERDANA Menteri Israel Netanyahu. FOTO Epa
Reuters

JERUSALEM: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mempertahankan jawatannya untuk penggal kelima selepas diumum menang pilihan raya umum, hari ini.

Stesen televisyen Channel 12 melaporkan, parti Likud menang 37 kerusi Knesset, manakala parti Blue and White dipimpin Benny Gantz memperoleh 36 kerusi.

Calon kedua-dua parti tidak memperoleh majoriti di Knesset, namun jelas sekali Netanyahu berada di kedudukan kukuh untuk membentuk kerajaan campuran dengan bantuan kumpulan serpihan berhaluan kanan.

Netanyahu, 69, berdepan tiga kes tuduhan rasuah dan menafikan salah laku dalam kesemuanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 April 2019 @ 12:50 PM