KARINA Roque, 18, ditangkap polis kerana membunuh adik lelakinya dalam upacara pemujaan syaitan. FOTO Agensi
Agensi

BRASILIA: Seorang remaja mengaku membunuh adik lelakinya yang berusia lima tahun sebelum mengerat mayat mangsa dan memakan alat kelaminnya, dalam kejadian di Sao Roque di tenggara Brazil.

Daily Mail melaporkan, remaja berusia 17 tahun itu dipercayai melakukan ritual pelik selepas polis menemui mayat mangsa, Maycon Roque dikelilingi dengan beberapa batang lilin.

Menurut polis, kejadian berlaku ketika dua beradik berkenaan ditinggalkan di rumah selepas ibu mereka keluar untuk membeli belah sebelum remaja terbabit memujuk adiknya ke bilik dan menekup muka mangsa dengan bantal.

Media tempatan melaporkan, wanita terbabit yang pulang beberapa jam kemudian mendapati pintu rumah mereka dikunci sebelum meminta bantuan menantu untuk membukanya.

Kejadian yang terlalu ngeri menyebabkan ibu mereka pengsan dan suspek yang cuba melarikan diri berjaya ditahan oleh beberapa orang saudara.

“Mereka cuba menghalangnya daripada melarikan diri namun dia bertindak agresif dan membaling objek menyebabkan bapa saudaranya cedera. Bagaimanapun, remaja itu akhirnya berjaya ditahan,” kata Detektif Anderson Góes.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2019 @ 7:11 PM