TANDUK badak sumbu yang dirampas kastam Hong Kong. -Foto EPA
Agensi

HONG KONG: Kastam berjaya merampas sejumlah tanduk badak sumbu seberat 82.5 kilogram bernilai HK$16.5 juta (RM8.6 juta) dari sebuah kargo di lapangan terbang, semalam.

Reuters melaporkan, rampasan itu adalah yang terbesar dalam tempoh lima tahun ini.

Menurut South China Morning Post, tanduk berkenaan diseludup dari Afrika Selatan dalam kargo yang mengisytiharkan membawa alat ganti kenderaan.

Imbasan X-ray menunjukkan imej mencurigakan dalam kargo yang menyatakan Malaysia sebagai destinasinya.

Setakat ini, tiada tangkapan dilakukan dan pihak kastam mempercayai penyeludupan itu bukan membabitkan warga Hong Kong.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 April 2019 @ 8:16 PM