KETUA parti Palang Pracharat, Uttama Savanayana ketika sidang akhbar parti itu. -Foto Reuters
Reuters

BANGKOK: Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand hari ini, mengumumkan parti pro tentera Palang Pracharat menang undi popular dalam pilihan raya pada Ahad lalu dengan meraih 8.4 juta undi.

“Parti pembangkang utama, Pheu Thai yang mentadbir negara sebelum digulingkan dalam rampasan kuasa, memperoleh 7.9 juta undi,” kata timbalan setiausaha agung Suruhanjaya Pilihan Raya, Krit Urwongse.

Keputusan itu mewakili 100 peratus jumlah undi yang dikira, tetapi masih dianggap tidak rasmi sehingga keputusan akhir diumumkan pada 9 Mei ini.

Setakat ini, suruhanjaya itu masih belum mengumumkan keseluruhan jumlah kerusi yang diperoleh setiap parti dalam Dewan Perwakilan yang mempunyai 500 kerusi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mac 2019 @ 6:09 PM