FOTO HIASAN
AFP

NOUMEA: Sebuah pesawat Boeing 787-900 milik United Airlines terpaksa dilencongkan ke New Caledonia hari ini selepas ruang kokpit dilaporkan berasap secara tiba-tiba, kata pihak berkuasa.

AFP melaporkan, pesawat membawa seramai 256 penumpang yang berlepas dari Melbourne, Australia itu sepatutnya melakukan penerbangan ke Los Angeles, Amerika Syarikat namun terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang La Tontouta.

“Penumpang selamat tiba dan keluar dalam keadaan tenang. Terdapat asap yang dilaporkan keluar dari bahagian kokpit,” kata jurucakap lapangan terbang.

Laman web berita Caledonia, Nouvelles-Caledoniennes melaporkan topeng oksigen turut terkeluar dalam kabin pesawat.

Manakala stesen radio tempatan, RRB pula melaporkan tidak ada penumpang yang cedera dalam kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mac 2019 @ 5:08 PM
Skip this ad x