POLIS menyiasat ugutan bunuh dibuat seorang pengguna Twitter terhadap Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern. FOTO AFP
Agensi

WELLINGTON: Polis menyiasat ugutan bunuh dibuat seorang pengguna Twitter terhadap Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

NZ Herald melaporkan, status Twitter bersertakan gambar sepucuk pistol dan kapsyen 'awak seterusnya' dihantar kepada Ardern.

Status terbabit dipaparkan lebih 48 jam sebelum akaun Twitter itu disekat selepas dilaporkan pengguna lain.

Satu status berasingan yang bersertakan akaun Twitter Ardern dan polis NZ dikesan turut menggunakan gambar serta ayat sama.

Akaun itu didapati memuat naik kandungan berbaur anti-islam dan ucapan pelampau kulit putih.

  • Lagi berita berkaitan Pembunuhan Christchurch
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mac 2019 @ 2:15 PM