POLIS New Zealand mengakui berlaku kesilapan dalam dokumen pertuduhan dan sudah meminta maaf kepada wanita itu. -Foto AFP
Agensi

CHRISTCHURCH: Polis New Zealand meminta maaf kepada wanita yang tersalah disenaraikan dalam kertas pertuduhan mahkamah sebagai salah seorang mangsa serangan di masjid, Jumaat lalu.

NZ Herald melaporkan wanita itu mempunyai kaitan dengan serangan terbabit, namun masih hidup.

Jurucakap polis mengakui berlaku kesilapan dalam dokumen pertuduhan yang disediakan untuk sebutan pertama tertuduh, Brenton Tarrant.

“Kami sudah berbincang dengan wanita itu dan meminta maaf kepadanya.

“Kertas pertuduhan itu akan dipinda semula. Polis New Zealand kesal atas kesilapan terbabit dan memohon maaf atas segala kesulitan,” katanya.

Polis memberitahu pihak media butiran dalam kertas pertuduhan akan dipinda pada sebutan kes seterusnya 5 April ini.

  • Lagi berita berkaitan Pembunuhan Christchurch
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mac 2019 @ 2:49 PM