JACINDA Ardern mengumumkan larangan penjualan senapang Rifle dan separa automatik berkuat kuasa hari ini, berikutan tragedi tembakan dua masjid di Christchurch. FOTO AFP
AFP

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan larangan penjualan senapang Rifle dan separa automatik berkuat kuasa hari ini, berikutan tragedi tembakan dua masjid di Christchurch Jumaat lalu.

"Saya mengumumkan semua senjata api separa automatik tentera kini diharamkan di New Zealand. Kami juga mengharamkan Rifle," katanya.

AFP melaporkan, Ardern berkata, langkah sementara akan dilaksanakan bagi menghentikan pembelian sebelum undang-undang berkuat kuasa sepenuhnya.

"Ini bermaksud individu yang mahu membeli senjata api perlu mendapatkan permit dari polis," katanya.

Ardern berkata, magazine peluru berkapasiti tinggi dan peranti merupai 'bump stocks' turut diharamkan.

Katanya, skim pembelian semula dengan anggaran kos antara NZ $100 juta (RM281.44 juta) dan NZ$200 juta (RM562.89 juta) dilaksanakan bagi membolehkan pemilik menyerahkan senjata api terbabit.

Individu didapati bersalah memiliki senjata berkenaan bakal berdepan hukuman penjara tiga tahun dan denda sehingga $4,000 (RM11,260).

  • Lagi berita berkaitan Pembunuhan Christchurch
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mac 2019 @ 11:46 AM