DELPUECH dipecat berikutan protes jaket kuning yang terus berlarutan. -Foto Agensi
AFP

PARIS: Kerajaan Perancis memecat ketua polis Paris, semalam berikutan protes jaket kuning yang terus berlarutan yang memberi tekanan kepada Presidennya, Emmanuel Macron.

AFP melaporkan, polis dikatakan gagal mengawal kumpulan penunjuk perasaan itu hingga protes terbabit bertukar menjadi ganas.

Perdana Menteri, Edouard Philippe memecat ketua polis berusia 66 tahun itu, Michel Delpuech selepas mengkritik arahan penggunaan peluru getah oleh polis yang dianggap tidak sesuai.

“Bantahan Sabtu lalu terutama di Champs-Elysees tidak boleh diterima dan presiden meminta kerajaan memberi maklum balas terhadap situasi itu,” katanya menerusi kenyataan di televisyen.

Dia berkata, pihak berkuasa akan mengharamkan bantahan di Champs-Elysees dan lokasi lain selain menaikkan jumlah denda daripada 38 (RM175) kepada 135 euro (RM624) kepada mereka yang mengikuti perhimpunan haram itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mac 2019 @ 11:26 AM