SUSPEK pengganas dihadapkan ke mahkamah hari ini.
Agensi

Christchurch: Suspek pengganas yang terbabit dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai di dua masjid di Christchurch semalam dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Brentom Tarrant, 28 dari Australia dituduh membunuh kira-kira 49 jemaah dan mencederakan 50 yang lain ketika mereka sedang menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Dia turut menyiarkan serangan itu secara langsung di internet dan menjadikan sentimen anti pendatang sebagai objektif utama dalam manifesto pembunuhan berkenaan.

Sebaik tiba di mahkamah, dia dilihat menunjukkan isyarat ‘OK’ yang antara lain membawa maksud simbolik perkauman kuasa putih.

Tarrant dikenakan satu pertuduhan membunuh namun menurut polis, lebih banyak pertuduhan lain dijangka menyusul.

Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata, tiga orang termasuk Tarrant sudah ditahan susulan serangan itu.

Individu keempat ditahan semalam kerana memiliki senjata api namun dibebaskan tidak lama kemudian apabila didapati dia hanya berniat membantu pihak polis.

Seramai 41 jemaah terbunuh di Masjid Al Noor di Deans Avenue, tengah Christchurch, tujuh lagi terkorban di Masjid Linwood di pinggir bandar dan seorang mangsa meninggal dunia dalam rawatan di Hospital Christchurch.

Ardern dalam sidang media berkata, undang-undang senjata api negara itu akan dipinda selepas serangan terbabit.

Suspek memiliki lesen senjata api Kategori A yang membolehkan dia memiliki secara sah senjata separuh automatik, katanya.

Berita berkaitan

Belum sampai ajal, remaja Malaysia lari 1.5km

Semua penuntut Malaysia selamat di Christchurch

Ibu Rahimi ke New Zealand esok

'Pasukan perisik Malaysia mantap - PM'

'Terkejut anak cedera'

'Suami saya cedera teruk'

Tembakan selepas azan pertama

"Meremang bulu roma saya"

[UPDATE] 49 sudah terbunuh

'Jangan kongsi video tembak'

'Saya hanya nak suami selamat'

[UPDATE] Tiada rakyat kita maut setakat ini

[UPDATE] 40 maut, lebih 20 cedera

Azmin kutuk kejadian tembakan rambang

Wajah pengganas

'Suami biasa solat di masjid itu'

[UPDATE] Seorang rakyat kita cedera

Periksa rakan dan ahli keluarga di Christchurch

Tembakan dalam masjid di New Zealand

Siar serangan secara langsung

Peluru lintas kepala

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mac 2019 @ 9:54 AM