LACI yang dikatakan menyebabkan pemilik sebelum ini sering bermimpi buruk. - Facebook
Agensi

NORTH CAROLINA: Dua lelaki tidak gentar membawa pulang sebuah laci vintaj yang dikatakan berhantu dan sanggup membayar AS$1,000 (RM4,090) untuk perabot itu.

Laci tinggi berwarna perang buatan sekitar 1950-an itu dilelong bersama sebuah katil saiz Queen di kedai barangan terpakai ReStore di Salisbury, Rabu lalu.

Metro UK melaporkan, pihak kedai turut bersertakan nota amaran memaklumkan pemilik sebelum ini mengalami mimpi buruk berterusan ketika laci terbabit dalam biliknya.


NOTA amaran kepada pembeli. - Facebook

Malah, pemilik terbabit turut mendakwa anjing peliharaannya tidak berhenti menyalak depan laci berkenaan.

Jurucakap ReStore, Elizabeth Brady berkata, dua lelaki berkenaan tertarik dengan laci itu dan mereka tidak mempercayai mengenai hantu.

Elizabeth berkata, gambar laci dan nota amaran yang dimuatnaik di media sosial bukan untuk mendapatkan publisiti, sebaliknya adalah tanggungjawab pihak kedai untuk memaklumkan perkara itu kepada pembeli.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2019 @ 12:30 AM