CAAS mengharamkan penggunaan semua pesawat Boeing 737 MAX. FOTO/AGENSI
AFP

Singapura: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) hari ini mengharamkan penggunaan semua pesawat Boeing 737 MAX di ruang udara negara itu susulan nahas Ethiopia Airlines pada Ahad lalu.

Pesawat Boeing 737 MAX 8 milik syarikat itu terhempas di Nairobi beberapa minit selepas berlepas menyebabkan semua 157 penumpang dan anak kapal terbunuh.

Kapal terbang itu adalah pesawat yang sama digunakan Lion Air yang terhempas di Indonesia pada Oktober lalu menyebabkan 189 orang maut.

CAAS dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menggantung sementara operasi semua jenis Boeing 737 MAX yang masuk dan keluar dari Singapura susulan dua nahas membabitkan pesawat model yang sama dalam tempoh kurang lima bulan.

Menurut kenyataan itu, penggantungan itu berkuat kuasa pada jam 2 petang hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mac 2019 @ 11:44 AM