KEADAAN di Sao Paulo selepas ditimpa banjir. FOTO/AFP
Reuters

Sao Paulo: Sekurang-kurangnya 11 maut apabila banjir melanda pusat perniagaan di Sao Paulo dan ia diramalkan bertambah buruk selepas hujan dilaporkan terus melanda kawasan itu hingga malam semalam.

Menurut sekretariat keselamatan negeri Sao Paulo, lima mangsa dipercayai mati akibat lemas, manakala mangsa lain, termasuk seorang bayi dikatakan maut akibat tertimbus di dalam banjir lumpur.

Pihak berkuasa berkata, hampir 110 milimeter hujan dicatatkan sejak tengah hari Ahad lalu hingga semalam, iaitu 70 peratus daripada kadar yang dijangka direkodkan sepanjang bulan Mac.

Dalam pada itu, kejadian banjir memburukkan lagi keadaan trafik di Sao Paulo, selepas tren komuter dihentikan operasinya, manakala bas dan kereta terperangkap dalam jalan raya sesak.

Hujan dijangka berterusan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua hari lagi.


KEADAAN tempat pemandu bas yang dimasuki air deras. FOTO/AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mac 2019 @ 10:30 AM