DRON yang dimusnahkan Arab Saudi. FOTO/AGENSI
Reuters

DUBAI: Sistem pertahanan udara Arab Saudi berjaya menembak jatuh dron yang disasarkan ke negara itu, hari ini, kata tentera pakatan Saudi di Yaman dan menuduh pesawat itu dilancarkan oleh pejuang Houthi yang menyasarkan orang awam.

Televisyen tempatan Arab Saudi melaporkan, jurucakap tentera Kolonel Turki al-Maliki berkata, beberapa orang awam mengalami cedera ringan akibat terkena serpihan dron ketika ia ditembak jatuh.

“Pemeriksaan terhadap bangkai dron itu menunjukkan ia mempunyai ciri dan spesifikasi buatan Iran,” kata Maliki.

Dron berkenaan ditujukan ke kawasan kediaman di Abha, sekitar 230 kilometer utara sempadan Yaman, lapor televisyen tempatan Arab Saudi, Al Arabiya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mac 2019 @ 10:58 PM