NELAYAN terkandas selama dua hari di hutan selepas bot dinaiki karam. FOTO Agensi
Agensi

Sydney: Selama dua hari dua nelayan diancam maut dikelilingi buaya selepas mereka terkandas di atas pokok berikutan bot mereka karam ketika memancing di sungai South Alligator, Darwin, baru-baru ini.

Daily Mail melaporkan mangsa dalam lingkungan 20-an terpaksa panjat pokok untuk menyelamatkan diri selepas bot dinaiki tiba-tiba rosak sebelum karam.

Kedua-dua lelaki itu akhirnya diselamatkan dengan helikopter dan dibawa ke hospital selepas majikan mangsa menyedari mereka masih belum kembali dari memancing.

Mangsa menggunakan alat pemadam api bagi menarik perhatian pasukan penyelamat dan kedua-duanya mengalami kekurangan air yang teruk akibat cuaca panas serta badan dipenuhi gigitan serangga.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mac 2019 @ 7:42 PM