PREECHAPHOL Pongpanich ketua parti Thai Raksa Chart bersama pengikutnya ketika tiba di mahkamah. FOTO AFP
Reuters

BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand, hari ini, mengarahkan parti pembangkang, Thai Raksa Chart dibubarkan selepas mencalonkan kakak Raja Thai untuk merebut jawatan perdana menteri dalam pilihan raya 24 Mac nanti.

Hakim Taweekiet Meenakanit yang membuat keputusan itu turut mengharamkan

Puteri Ubolratana yang juga ahli lembaga eksekutif parti berkenaan, berpolitik selama 10 tahun, lapor Reuters.

“Mahkamah mengarahkan parti ini dibubarkan,” katanya.

Terdahulu, polis menempatkan lebih 1,000 anggota di luar dan dalam mahkamah untuk mengawal keadaan sebelum menunggu keputusan mahkamah kira-kira jam 3 petang waktu tempatan.

Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand membuat permohonan mahkamah untuk membubarkan parti itu kerana mencalonkan Ubolratana bagi jawatan penting berkenaan dalam pilihan raya yang diadakan kali pertama sejak rampasan kuasa tentera pada 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mac 2019 @ 5:15 PM