MANFRED Weber. - Foto EPA
Reuters

PASSAU (Germany): “Turki tidak boleh menjadi ahli Kesatuan Eropah,” kata calon utama Parti Rakyat Eropah (EPP) untuk pilihan raya Eropah yang akan datang, Manfred Weber, sambil menambah bahawa dia akan menamatkan rundingan penyertaan sekiranya dilantik sebagai Presiden Suruhanjaya Eropah.

Turki menerusi satu kenyataan berkata keanggotaannya dalam Kesatuan Eropah masih kekal sebagai matlamat strategiknya walaupun rundingan penyertaan yang dilancarkan secara rasmi pada 2004 sudah terhenti selama beberapa tahun.

Weber ketika memberitahu konservatif Jerman di Bavaria, “semua orang mahukan hubungan baik dengan Turki, semua orang ingin bekerjasama rapat (dengan negara itu)”.

“Tetapi jika saya dilantik sebagai presiden Suruhanjaya, saya akan mengarahkan pejabat di Brussels untuk menamatkan rundingan dengan Turki mengenai penyertaan negara itu ke Kesatuan Eropah.

“Turki tidak boleh menjadi ahli Kesatuan Eropah,” kata Weber.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mac 2019 @ 8:19 PM