PENDUDUK Afghanistan membawa kambing biri-biri di kawasan yang terjejas akibat banjir di daerah Arghandab. - Foto AFP
AFP

KANDAHAR: Sekurang-kurangnya 20 terbunuh manakala 10 lagi hilang akibat banjir kilat terburuk yang menghanyutkan ribuan rumah dan kenderaan selatan Afghanistan sejak Jumaat lalu.

Menurut Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), banjir itu menyebabkan Kandahar dan beberapa daerah di wilayah berkenaan lumpuh selepas hujan lebat selama 30 jam.

“Sekurang-kurangnya 10 orang, termasuk kanak-kanak masih dilaporkan hilang. Kita anggarkan terdapat kira-kira 2,000 kediaman mungkin dalam bahaya selain kemusnahan harta benda yang sudah dilaporkan,” katanya.

Timbalan Gabenor Kandahar, Abdul Hanan Moneeb, berkata kejadian itu adalah paling buruk dalam tempoh tujuh tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Mac 2019 @ 6:26 PM