KEJADIAN seumpana pernah berlaku di Uttar Pradesh Oktober lalu. FOTO hiasan
AFP

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh selepas sebuah kilang mercun yang beroperasi secara haram di daerah Bhadohi, Uttar Pradesh meletup, hari ini.

Letupan itu turut menyebabkan kerosakkan ke kawasan berhampiran dan penduduk yang tiba di tempat kejadian menemui beberapa mayat dalam serpihan bangunan yang musnah.

Jurucakap polis memberitahu wartawan kegiatan menghasilkan mercun tanpa kebenaran pihak berkuasa itu berselindung disebalik perniagaan perkilangan permaidani.

“Beberapa pasukan khas termasuk pakar bom dan forensik berada di tempat kejadian untuk menjalani siasatan,” katanya.

Laporan media menyatakan kilang terbabit didapati menyimpan bahan letupan haram dalam kuantiti besar.

Kejadian seumpana turut berlaku di sebuah kilang mercun di Uttar Pradesh pada Oktober lalu dan mengorbankan tujuh orang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Februari 2019 @ 11:21 PM
Skip this ad x