STESEN minyak yang dirempuh pemandu lalok. -Foto Daily Mail
Agensi

NEW JERSEY: Akibat khayal dadah jenis opioid, seorang lelaki gagal mengawal kenderaan utiliti sukan menyebabkan ia merempuh stesen minyak, membunuh seorang bapa dan anak lelakinya serta pekerja stesen terbabit, semalam.

Pemandu kenderaan Honda Pilot itu terlalu khayal dengan dadah terbabit menyebabkan dia masih lagi khayal selepas kemalangan maut di Lebuhraya Route 23 itu.

Menurut Daily Mail yang memetik WPIX-TV, pemandu terbabit yang tidak dinyatakan identitinya tidak cedera dalam kejadian.


Keadaan kereta yang tersangkut pada kabel pembahagi jalan ketika cuba melarikan diri. FOTO IhsanPDRM

Pekerja stesen minyak berkenaan dikenali sebagai Lovedeep Fatra, 23, manakala dua lagi mangsa iaitu lelaki dan anaknya berusia 17 tahun, berada dalam kereta Chevy Camaro yang bumbungnya tercabut akibat rempuhan itu.

Pemandu sebuah lagi kenderaan jenis Nissan Rogue yang turut dirempuh, cedera dan dikejarkan ke hospital berdekatan.

Menurut saksi, Honda Pilot berkenaan ‘terbang’ setinggi empat meter selepas merempuh dua kereta terbabit. Ia merempuh papan tanda stesen minyak sebelum jatuh dan terbakar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Februari 2019 @ 9:58 PM