GAMBAR hiasan.
AFP

BOGOTA: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 60 tahun oleh mahkamah di Colombia atas kesalahan melakukan serangan seksual terhadap 276 kanak-kanak dan remaja sebelum menjual video serangan itu kepada fidofilia.

Juan Carloz Sanchez yang menggunakan nama samaran ‘Fierce Wolf’ itu dikatakan mengumpan mangsa di pusat beli-belah di bandar Barranquilla dengan wang sebelum menyerang mereka dan berkongsi rakaman video terbabit di internet.

Dia berjaya ditahan polis di sempadan Venezuela pada November lalu dan ditempatkan di penjara La Picota di Bogota selepas mengaku melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak bawah umur dan membuat rakaman pornografi kanak-kanak.

Pihak berkuasa Colombia mendapat maklumat daripada polis yang menahan seorang pelanggan yang menghantar ratusan rakaman video dihasilkan oleh Sanchez.

Bagaimanapun, polis percaya kemungkinan terdapat ramai lagi menjadi mangsa lelaki terbabit yang tidak dikenal pasti.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Februari 2019 @ 10:35 AM