TENTERA Israel menembak mati dua remaja Palestin. FOTO Agensi.
AFP

GAZA: Tentera Israel menembak mati dua remaja Palestin ketika bantahan di sempadan Gaza semalam, kata pegawai kesihatan Palestin.

Hassan Shalabi, 14, ditembak di dadanya di timur bandar Khan Yunis semasa bantahan ke atas Israel berlangsung di selatan Semenanjung Gaza.

“Kematian Hamza Ishtawi, 18, kerana ditembak di leher semasa pertempuran yang sama di timur Bandar Gaza.

“Manakala, seramai 17 remaja Palestin cedera ditembak di tempat protes yang berlainan di sepanjang sempadan,” kata kementerian itu.

Tentera Israel enggan memberi komen mengenai kematian itu, tetapi berkata seramai 8,200 orang terbabit dalam rusuhan dan bantahan, semalam.

Sekurang-kurangnya 249 penduduk Palestin terkorban akibat ditembak tentera Israel semasa bantahan sejak Mac tahun lepas. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Februari 2019 @ 3:42 PM