KEBAKARAN di sebuah pangsapuri di Paris. FOTO Agensi.
AFP

PARIS: Seorang wanita yang mempunyai sejarah masalah psikiatri didakwa kerana memulakan kebakaran di sebuah pangsapuri, di sini, mengorbankan 10 orang, kata pendakwa Perancis.

Menurut pendakwa raya, suspek yang ditahan di kemudahan psikiatri polis, didakwa semalam kerana melakukan kebakaran sehingga mengakibatkan kematian.

Kejadian pada Selasa lalu di tingkat atas sebuah pangsapuri ke-16 tertinggi di Paris, dianggap terburuk sejak 2005.

Kebakaran itu turut mencederakan 30 penghuni pangsapuri selain merosakkan sebahagian besar bangunan itu.

Sementara itu, suspek yang berusia sekitar 40-an dan tinggal di bangunan itu, sudah banyak kali menjalani rawatan di kemudahan psikiatri di Paris sejak sedekad lalu.

“Enam hari sebelum kebakaran itu, dia dibenarkan keluar dari klinik selepas seorang doktor mendapati beliau sihat selepas menjalani rawatan selama 12 hari,” kata pendakwa raya, Remy Heitz dalam satu sidang media, awal minggu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Februari 2019 @ 3:38 PM