TRUMP disahkan sihat. FOTO/AGENSI
Reuters

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, 72, disahkan berada dalam keadaan sihat selepas melakukan pemeriksaan kesihatan semalam selama empat jam, di Pusat Perubatan Tentera Kebangsaan Walter Reed di Bethesda, Maryland.

“Sukacita dimaklumkan tahap kesihatan Presiden Amerika Syarikat adalah sangat baik dan saya menjangkakan beliau akan kekal begitu sepanjang tempoh pentadbiran dan seterusnya, kata pakar perubatan Sean Conley dalam satu keyataan yang dikeluarkan oleh Rumah Putih.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Februari 2019 @ 1:13 PM