PUTERI Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Varnavadi. FOTO Reuters
Reuters

KAKAK kepada Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn diumumkan bertanding sebagai calon utama jawatan Perdana Menteri pada pilihan raya yang akan diadakan pada 24 Mac ini.

Penyertaan Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Varnavadi, 67, dalam pilihan raya itu, memecah tradisi lama keluarga diraja Thailand yang sebelum ini tidak campur tangan dalam urusan politik negara berkenaan.

Thailand menjadi monarki perlembagaan sejak 1932 tetapi keluarga diraja menggunakan pengaruhnya yang besar dan memerintah jutaan penduduk.

Kakak sulung raja mendaftar sebagai calon untuk parti Thai Raksa Chart, satu pukulan ke atas Parti Pheu Thai yang disokong Thaksin.

Pemilihan itu dilihat sebagai persaingan sengit antara populis dan sekutu Thaksin dan penubuhan ketenteraan. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Februari 2019 @ 1:33 PM