Anggota bomba menurunkan penghuni wanita dari bangunan yang terbakar. - Foto AFP
Agensi

Paris: Kebakaran sebuah apartmen di Paris menyebabkan 10 terbunuh hari ini, memulakan kebakaran di bangunan berkenaan selepas bergaduh dengan jiran.

Wanita berusia 40-an itu, bergaduh dengan jirannya, seorang anggota bomba yang tidak senang dengan sikap wanita terbabit memainkan muzik terlalu kuat.

Daily Mail melaporkan, anggota bomba berusia 22 tahun yang tinggal di tingkat dua bangunan di Rue Erlanger itu mengesahkan dia bergaduh dengan wanita berkenaan sebelum kebakaran.

Selepas polis yang datang memberi nasihat kepada wanita itu pergi, wanita berkenaan datang ke rumah anggota bomba terbabit.

“Dia berkata, sebagai anggota bomba saya semestinya sukakan api.

“Dia beritahu ada kertas dan kayu di depan pintu saya sebelum berlalu.

“Tidak lama kemudian saya terbau benda terbakar dan menyedari wanita itu sudah menyalakan api di lantai,” katanya.

Wanita terbabit yang dikatakan menghadapi ‘masalah psikiatrik’ ditahan berdekatan bangunan itu tidak lama selepas kebakaran bermula kira-kira jam 3.30 pagi waktu tempatan.

Malah, ketika ditahan, dia cuba membakar sebuah kereta dan tong sampah beroda berdekatan bangunan itu.

Polis sudah memulakan siasatan bagi dakwaan khianat berkaitan kebakaran itu yang turut menyebabkan seorang bayi maut selain 36 lagi, termasuk enam anggota bomba cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Februari 2019 @ 10:41 PM