Keadaan bangunan di Jalan Erlanger, Daerah Ke-16, Paris, terbakar menyebabkan lapan terbunuh. FOTO AFP
AFP

Paris: Seorang wanita ditahan berkaitan kebakaran bangunan mewah di tengah bandar raya ini menyebabkan lapan terbunuh, hari ini.

Pendakwa raya Paris, Remy Heitz, berkata polis menganggap kebakaran itu adalah perbuatan khianat

Menurutnya, wanita yang ditahan itu tinggal di bangunan di Daerah Ke-16 yang terbakar.

“Seorang wanita ditahan berhubung kejadian itu,” kata Heitz.

Dalam kebakaran bermula jam 3.30 pagi waktu tempatan itu, bomba mengesahkan lapan terbunuh, seorang cedera parah dan 27 lagi, termasuk tiga anggota bomba cedera ringan.

Kira-kira 200 anggota bomba di kerah bagi memadam kebakaran dan menyelamatkan mangsa yang berlari naik ke atas bumbung.

Bangunan itu terletak di kawasan tumpuan pelancong dengan bangunan tarikan utama, termasuk Trocadero yang menghadap Menara Eiffel, Stadium Saint-Germain serta pusat beli-belah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Februari 2019 @ 3:54 PM