Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran sebuah bangunan di tengah Paris yang sudah menyebabkan tujuh terbunuh. -AFP
AFP

Paris: Lebih 200 anggota bomba terbabit dalam usaha memadam kebakaran dan menyematkan mangsa dari bangunan kediaman mewah di kota ini yang terbakar hati ini.

Seramai tujuh terbunuh, seorang cedera parah dan 27 lagi, termasuk tiga anggota bomba cedera ringan dalam kebakaran yang berlaku kira-kira ja, 3.30 pagi waktu tempatan itu.

Jurucakap bomba, Clement Cognon, berkata: “Kami perlu melakukan banyak kerja menyelamat, termasuk mereka yang berada di atas bumbung.”

Bomba menjangka angka korban meningkat kerana kebakaran masih berlaku di tingkat tujuh dan lapan.

Ramai penghuni berlari naik ke bumbung bagi menyelamatkan diri daripada api dan asap.

Bangunan itu terletak di kawasan tumpuan pelancong dengan bangunan tarikan utama, termasuk Trocadero yang menghadap Menara Eiffel, Stadium Saint-Germain serta pusat beli-belah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Februari 2019 @ 1:09 PM