LELAKI itu memakai kostum sambil menjawab panggilan telefon. FOTO Agensi
Agensi

Sao Paulo: Seorang pekerja bank mengambil peluang hari terakhirnya bertugas selepas meletak jawatan, dengan memakai kostum adiwira Spider-Man.

Lelaki yang tidak bernama itu kelihatan bergambar di mejanya di lokasi yang tidak didedahkan di Sao Paulo, Brazil selepas berhenti kerja, lapor Daily Mail.

Foto serta video hari terakhir pekerja itu tular di Internet memperlihatkan dia sedang berbual bersama rakan sekerjanya, malah menjawab panggilan telefon serta membantu rakan sepejabatnya sambil memakai kostum watak terkenal itu.

Gambar lelaki itu yang terbaring di meja kerjanya pada siang hari turut ditemani keterangan: “Hari terakhir bekerja dan lelaki ini menyebabkan bos gila.’

Gelagat ‘adiwira’ itu menambat hati beratus-ratus peminat di media sosial selepas videonya muncul di YouTube dengan pengguna memberikan pelbagai komen.

Seorang netizen berkata: “Jadi Spider-Man kerana hari terakhir atau hari terakhir kerana menjadi Spider-Man?”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 January 2019 @ 10:56 AM