SEBUAH stesyen minyak berhampiran bandar Talahuelilpan. FOTO/AFP
AFP

Mexico City: Presiden Mexico mengumumkan bakal memperkenalkan program sosial bertujuan untuk membangunkan kawasan miskin bagi menangani kes kecurian bahan api yang semakin berleluasa terutama selepas berlakunya kebocoran paip yang membunuh 93 orang.

Presiden Andres Manuel Lopez Obrador, berkata kerajaannya akan membelanjakan kira-kira RM830 juta (USD200 juta) untuk pencen, pinjaman perniagaan kecil, skim pekerjaan belia dan program lain bagi membantu 1.7 juta penduduk yang mendiami kawasan kecurian bahan bakar.


OBRADOR lancar kempen perangi kecurian bahan api. FOTO/AFP

“Penduduk Mexico tidak sepatutnya terbabit dalam kegiatan ini kerana mereka bakal mempunyai pekerjaan, kehidupan sejahtera dan sokongan dari kerajaan,” katanya.

Inisiatif itu diwujudkan selepas 93 orang terbunuh berhampiran bandar Talahuelilpan, pada Jumaat lalu apabila paip haram petrol meletup.

Lopez Obrador ketika melawat bandar Acambay turut berjanji akan melawan jenayah dan korupsi yang berleluasa di negara itu.

Kawasan itu didalangi sekumpulan pencuri bahan api yang mempunyai hubungan dengan kartel dadah Mexico.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 January 2019 @ 11:27 AM