PENYANYI rap Amerika Syarikat (AS), Chris Brown. FOTO Reuters
AFP

PARIS: Penyanyi rap Amerika Syarikat (AS), Chris Brown ditahan polis di sini untuk disoal siasat berhubung dakwaan satu kes rogol, kata sumber keselamatan yang enggan dikenali kepada AFP.

Difahamkan seorang wanita menuduh Brown, pengawal peribadi dan seorang lagi rakan merogolnya di hotel Mandarin Oriental di Paris pada Selasa dan Rabu lalu, kata sumber itu.

Awal minggu ini, akhbar Le Figaro melaporkan, artis bermasalah dengan sejarah perlakuan ganas itu berada di ibu kota Perancis bagi menghadiri satu pertunjukan fesyen.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 January 2019 @ 8:08 PM