DAVYDKIN (kanan) ditikam 35 kali selepas mengkritik masakan Evgenia. -Foto Daily Mail
Agensi

MOSCOW: Gara-gara berang masakannya dikritik kurang garam oleh suami, seorang wanita sanggup membunuh lelaki itu dengan menikamnya sekurang-kurangnya 35 kali.

Pasangan itu bertengkar selepas Slava Davydkin, 43, mengkritik masakan isterinya, Evgenia, 31, hambar kerana tidak meletakkan garam secukupnya ketika menghidangkan makanan kepada tetamu yang datang ke rumah mereka di daerah Penza, Russia.

Daily Mail memetik Jawatankuasa Penyiasatan Rusia berkata, pasangan itu bertekak disebabkan masakan hambar Evgenia yang dituduh Davydkin sebagai tanda wanita itu tidak menyayanginya.


PISAU yang digunakan Evgenia untuk menikam suaminya. -Foto Daily Mail

“Pergaduhan itu semakin besar selepas tetamu mereka masuk tidur, apabila Evgenia diprovokasi suaminya berulang kali termasuk dipukul. Akibatnya Evgenia hilang sabar, lalu menikam suaminya ketika tidur menggunakan pisau memancing mangsa 35 kali.

“Dia kemudian menggerakkan tetamu lelaki mereka dan memintanya menghubungi ambulans,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 January 2019 @ 8:01 PM