TENTERA laut Indonesia memegang ‘kotak hitam’ yang ditemui. FOTO/AFP
Reuters

JAKARTA: Indonesia sudah menemui perakam suara kokpit (CVR) milik penerbangan malang Lion Air, lebih dua bulan selepas pesawat Boeing Co 737 MAX 8 itu terhempas di Laut Jawa berhampiran ibu kota ini tahun lalu, kata pihak berkuasa hari ini.

Nahas itu mengorbankan kesemua 189 penumpang di dalamnya.

“Ia sudah ditemui, namun kami belum menerima maklumat berkaitan lokasinya,” kata Timbalan Ketua Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Indonesia (KNKT), Haryo Satmiko menerusi mesej teks.

CVR itu adalah satu daripada dua kotak hitam yang penting untuk siasatan nahas pesawat.

Lagi berita berkaitan Nahas Lion Air

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 January 2019 @ 12:21 PM