REMAJA perempuan dibunuh kejam.
Agensi

New Delhi: Seorang remaja ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila mukanya melecur disimbah asid manakala payudaranya dikerat dalam kejadian di Bindar, India.

Daily Mail melaporkan, keluarganya mendakwa mangsa dirogol namun pihak berkuasa percaya mereka bertanggungjawab kematiannya disebabkan pembunuhan maruah.

Mangsa yang dikenali di media sosial sebagai Anjana itu ditemui mati tidak jauh dari rumahnya.

Sebelum itu, bapanya memfailkan laporan polis mengenai anaknya pada 6 Januari lalu selepas remaja itu menghilangkan diri sejak 28 Disember.

Bagaimanapun, jurucakap polis, Rajiv Mishra berkata, ibu dan kakaknya menceritakan secara terperinci mengenai kepulangannya dan dihantar oleh bapa bersama lelaki dikenali keluarga.

Polis kemudiannya menahan ibu, bapa dan seorang lagi saudara remaja itu untuk siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 January 2019 @ 11:33 PM