ANGGOTA bomba Perancis sedang mengawal kebakaran. FOTO/AGENSI
AFP

TOULOUSE, Perancis: Sekurang-kurangnya 19 orang cedera, dua daripadanya parah, apabila pangsapuri empat tingkat terbakar, di sini, kata pasukan bomba, hari ini.

Pegawai bomba, Leftenan Kolonel, Sylvain Gergaud berkata, sebahagian daripada bangunan terbabit runtuh dan pelanggan daripada hotel berhampiran terpaksa dipindahkan.

Bagaimanapun, kebakaran itu berjaya dikawal menjelang siang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 January 2019 @ 3:57 PM