Salah seorang pembantah duduk di tepi jalan di Opera Garnier, Paris. FOTO AFP
AFP

PARIS: Penunjuk perasaan ‘ves kuning’ mula berkumpul di Champs-Elysees di ibu kota Perancis pagi ini untuk bantahan minggu kelima, tidak menghiraukan desakan kerajaan supaya tidak berbuat demikian.

Presiden Emmanuel Macron, berhadapan krisis terbesar dalam pentadbirannya mengumumkan siri konsesi Isnin lalu untuk meredakan bantahan ‘ves kuning’ yang berlaku di pedalaman dan bandar kecil Perancis bulan lalu.

Beliau berharap pakej cukai dan langkah gaji minimum, selain serangan pengganas malam Selasa lalu di Strasbourg dan cuaca agak sejuk, akan membantu menamatkan pertempuran ganas dan gangguan selama sebulan itu.

Tiga Sabtu lalu dicemari dengan demonstrasi ganas, dengan halangan dibakar, kecurian dan pertempuran dengan polis di bandar raya seluruh Perancis.

“Pada masa lalu, kami di sini kerana cukai.

“Ini adalah untuk institusi: kami mahu demokrasi lebih telus,” kata seorang daripada penunjuk perasaan, Jeremy, 28, menambah orang ramai perlu ‘menjerit supaya suara mereka didengari’.

Penunjuk perasaan ‘ven kuning’ membuat puluhan tuntutan kepada kerajaan tetapi tiada program dipersetujui atau pemimpin yang dilantik, menjadikan tugas berunding dengan mereka adalah sukar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Disember 2018 @ 9:24 PM