Shakira elak bayar cukai sebanyak RM63 juta. FOTO REUTERS
Agensi

MADRID: Selepas hampir setahun disiasat, penyanyi Shakira, didakwa secara rasmi atas tuduhan mengelak cukai di Sepanyol.

Superstar Latin itu tidak membayar cukai lebih 14.5 juta euro (RM63 juta) antara 2012 dan 2014.

Titik perbalahan dalam kes itu adalah lokasi kediaman bintang kelahiran Colombia berkenaan.

Ketika menegaskan Bahamas adalah kediaman rasminya, Shakira menghabiskan kebanyakan masa di Sepanyol sepanjang tempoh itu dengan pasangannya, Gerard Pique dan keluarga mereka.

Anak pertama pasangan itu, Milan, dilaporkan di Barcelona pada 2013.

Kadar cukai adalah jauh lebih rendah di Bahamas berbanding di Sepanyol.

Menurut Guardian, peguam Shakira berkata ketika itu, penyanyi berkenaan menetap di pelbagai tempat sepanjang kerjaya profesionalnya, dan dalam setiap kes, bintang itu mematuhi undang-undang bidang kuasa tempat beliau menetap.

Shakira menafikan beliau penduduk tetap di Sepanyol sepanjang tempoh berkenaan dalam kenyataan yang disiarkan menerusi wakilnya dan mendakwa pihak berkuasa menggunakan beliau ‘sebagai kambing hitam’ untuk menakutkan pembayar cukai lain.

Bagaimanapun, pendakwa di Barcelona berkata penjelajahan Shakira untuk tempoh pendek dan bagi kebanyakan masa sepanjang tahun, beliau menetap di Sepanyol.

Pendakwa mahu penyanyi itu membayar bon 19.4 juta euro (RM91 juta), jumlah hutang cukai termasuk 33 peratus, menurut undang-undang Sepanyol.

Jika tidak, mereka mencadangkan mahkamah membekukan jumlah berkenaan daripada asetnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Disember 2018 @ 6:27 PM