SERPIHAN helikopter yang terhempas Oktober lalu. FOTO AFP
AFP

SIASATAN oleh kerajaan Britain hari ini mengesahkan bahawa pedal kokpit yang terputus adalah punca nahas helikopter mengorbankan pemilik kelab bola sepak Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha, 28 Oktober lalu.

Kematian Vichai mengejutkan dunia sukan dan menyebabkan bandar kecil di tengah Englang itu berkabung selepas dua tahun meraih kemenangan dalam pertandingan.

Helikopter itu yang dihiasi dengan warna biru dan putih iaitu warna rasmi kelab hilang kawalan dan terhempas sejurus selepas meninggalkan stadium.

Vichai menghadiri hampir semua perlawanan Leicester di tempat sendiri, lazim berlepas dari tengah padang.

Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) berkata, beberapa pedal kokpit terputus daripada rotor di ekor helikopter itu.

"Helikopter berkenaan hilang kawalan akibat alat kawalan rotor terputus," kata laporan setebal lapan muka surat itu.

Pesawat berkenaan mula berpusing ke bahagian kanan sebelum terhempas, kata laporan berkenaan.

Menurut AAIB, mereka sedang menyiasat dengan lebih terperinci untuk melihat punca kerosakan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Disember 2018 @ 9:44 PM