KAWASAN yang dilanda gempa bumi. FOTO/GOOGLE

VIRGINIA: Gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud melanda timur Kepulauan Loyalty berhampiran New Caledonia di Pasifik Selatan, sebentar tadi.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan gempa bumi berlaku pada kedalaman 26 kilometer, iaitu kira-kira 189 kilometer di timur tenggara Tadine di Kepulauan Loyalty.

Namun, setakat ini, tiada amaran dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

Pada Rabu lalu, gempa bumi berukuran 7.6 magnitud dilaporkan melanda New Caledonia. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Disember 2018 @ 9:00 AM