HARRY (kanan) bersama Meghan di London pada 11 November 2018. FOTO Reuters
AFP

PUTERA Harry dan isterinya yang sedang hamil, Meghan Markle, akan berpindah ke kotej bersejarah di Estet Windsor milik keluarga diraja awal tahun hadapan, kata Istana Kensington, semalam.

Pasangan itu, yang diberi gelaran Duke dan Duchess of Sussex, selepas berkahwin di Windsor Mei lalu, akan menetap di Kotej Frogmore, rumah dua tingkat di Windsor Home Park yang terletak berhampiran istana.

Mereka berpindah ke rumah baru, kira-kira 32 kilometer ke barat daya London ketika bersiap sedia menanti kelahiran anak pertama mereka, kata istana dalam kenyataan.

“Windsor adalah tempat amat istimewa kepada pasangan itu dan gembira kediaman rasmi mereka terletak di estet itu,” menurut kenyataan.

Harry dan Meghan, yang kembali awal bulan ini daripada lawatan 16 hari ke Pasifik, buat masa ini menetap di Kotej Nottingham di perkarangan Istana Kensington di barat London.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 November 2018 @ 2:04 AM