PENYANYI, Justin Bieber (kiri) bersama isteri, Hailey Baldwin. FOTO Agensi
Reuters

LOS ANGELES: Justin Bieber, meraikan ‘Hari Kesyukuran’ pertama sebagai suami semalam dan mengakui cinta itu tidak selalu mudah dan sedang berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik.

Penyanyi pop kelahiran Kanada yang mengahwini model Hailey Baldwin dalam satu upacara tertutup September lalu, memberitahu 102 juta pengikutnya di Instagram, buat kali pertama beliau menjadi tuan rumah kepada sambutan ‘Hari Kesyukuran’ semalam.

“Hari Kesyukuran pertama sebagai suami, kali pertama menjadi tuan rumah untuk sambutan ini,” kata Bieber di Twitter semalam.

“Hubungan itu sesuatu yang sukar dan cinta tidak selalunya mudah tetapi terima kasih Tuhan kerana menunjukkan jalannya,” tambahnya.

Bieber, 24 dan Balwin kali pertama mengesahkan perkahwinan mereka di media sosial apabila penyanyi lagu ‘Sorry’ itu memanggil Baldwin ‘isteri saya’ dan model berkenaan menukar namanya di Instagram sebagai Hailey Bieber.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 November 2018 @ 9:58 AM