KEADAAN enjin pesawat JT610. FOTO/AGENSI
Reuters

JAKARTA: Indonesia akan mengemukakan laporan awal siasatan insiden pesawat Lion Air terhempas pada 28 atau 29 November ini.

Perkara itu diumumkan ketua jawatankuasa keselamatan pengangkutan (KNKT), Soerjanto Tjahjono hari ini.

Kemalangan itu mengakibatkan 189 penumpang dan anak kapal terkorban.

“Sebulan selepas kemalangan itu, KNKT akan membentangkan laporan awal siasatan dan kami akan memuat naik maklumat itu di internet,” katanya pada satu sidang media, di sini.

Tjahjono berkata, ketika ini, KNKT masih berusaha mengesan perakam suara kokpit milik pesawat Boeing 737 MAX.

Bagaimanapun, beliau berkata, agensi itu sudah memuat naik maklumat yang diperoleh dari perakam data penerbangan yang ditemui beberapa hari selepas kejadian itu pada 29 Oktober lalu.

Lagi berita berkaitan Nahas Lion Air

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 November 2018 @ 6:53 PM