Dean anggap kejadian tembakan mengejutkan. FOTO CNN
Agensi

VENTURA: Sekurang-kurangnya 12 orang maut, selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah kelab malam yang sesak dengan pelajar kolej di selatan California, kata pejabat sherif daerah Ventura.

Sherif Daerah Ventura, Geoff Dean hari ini berkata, salah seorang sarjan jabatan sherif itu maut akibat kecederaan dalam insiden tembakan terbabit di kawasan Thousand Oaks yang terletak kira-kira 50 kilometer di barat Los Angeles.

Polis sudah memaklumkan kepada agensi berita Los Angeles Times bahawa 30 tembakan dilepaskan di Borderline Bar & Grill di Thousand Oaks.

Wakil Al Jazeera, Rob Reynolds yang melaporkan dari Washington berkata, bar itu sesak dengan pelajar kolej, sebelum lelaki bersenjata terbabit masuk.

“Lelaki bersenjata ini menggunakan senjata automatik dan turut melemparkan beberapa bom asap ke arah orang ramai dalam kelab,” katanya.

Sejauh mana kecederaan mangsa masih belum diketahui. Difahamkan, pihak berkuasa dan pasukan kecemasan sedang bergegas ke lokasi kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 November 2018 @ 7:57 PM