PASUKAN penyelam bersedia melakukan operasi menyelam bagi mengesan lokasi kotak hitam. FOTO Reuters
Reuters

BUNYI ‘ping’ yang dipercayai daripada kotak hitam pesawat Lion Air yang terhempas semakin jelas, kata Timbalan Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Indonesia, Haryo Satmiko, semalam.

“Bunyi ‘ping’ semakin jelas. Kami sudah menghantar kenderaan yang dikendalikan secara jarak jauh dan mengesan serpihan besar di dasar laut,” katanya.

Menurut Haryo, pasukan penyelam sudah memulakan operasi menyelam sejak 5 pagi bagi mengesan lokasi kotak hitam.

Tambahnya, keadaan laut juga didapati tenang pada hari ini.

Terdahulu, pesawat Lion Air JT610 terhempas di perairan Indonesia di Karawang selepas beberapa minit berlepas dari Jakarta menuju ke Pangkal Pinang, Sumatera pada pagi Isnin.

Difahamkan, tiada mangsa yang selamat dalam tragedi itu.

Berita berkaitan

Lagi berita berkaitan Nahas Lion Air

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 November 2018 @ 11:42 AM